Skip to main content

Posts

Showing posts with the label dalamkeredhaan

Detik Qari Meninggal Dunia Ketika Alunan Surah Al-Mulk

Innalillahiwainnailahirojiun. SESUNGGUHNYA rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Namun sebagai manusia dan hambaNya, kita pastinya mendoakan dan mahukan pengakhiran yang baik. Siapalah kita untuk menentukan. Namun apabila melihat cara seorang ustaz dan qari dari Indonesia ini dipanggil kembali oleh Tuhan, sedikit sebanyak ia memberi gambaran bahawa dia pergi dalam keadaan yang husnul khatimah. Menerusi satu perkongsian video yang tular di laman sosial, Ja’far Abdul Rahman sedang membacakan ayat kedua surah Al-Mulk dalam satu acara di Surabaya, pada Isnin. Namun alunan bacaan Ja'far semakin lama semakin perlahan, dan dia kemudiannya pengsan. Menurut laporan beberapa portal Indonesia, Ja'far meninggal dunia beberapa minit selepas itu. Ja'far bukan nama asing dalam acara keagamaan di Indonesia dan kerap diundang untuk membaca al-Quran. Ayat kedua surah Al-Mulk menceritakan perihal kematian, dengan terjemahan penuhnya seperti berikut: (Allah)...