Skip to main content

Posts

Showing posts with the label news

Pembantu Warden Berusia 29 Tahun Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Rotan Pelajar

KOTA TINGGI 23 April  - Seorang pembantu warden di asrama pusat tahfiz swasta di sini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes yang membabitkan pelajar tahfiz berusia 11 tahun sejak Januari lalu. Perintah reman yang bermula pada hari ini sehinga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 29 tahun itu. Lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini pada jam 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis. Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya. sumber:  Utusan Online Kredit :  Siakap Keli

Nelydia muat naik foto resit bayaran LHDN

KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi. Dalam entri itu, Nelydia turut menulis keterangan ringkas: "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017". Pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Aku Tak Cinta itu bagaimanapun tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012. Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, semalam dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013. Terdahulu, pada 11 April lalu, LHDN menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit dan mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes bertarikh 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor....