Skip to main content

Posts

Showing posts with the label terbaru

KU KIRIM CINTA FULL EPISOD

Tajuk : Ku Kirim Cinta Channel  :  TV3 Slot  :  Akasia Mula Tayangan  : 22 Mei 2017 Masa : [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm] Jumlah Episode  : 28 (TAMAT) Barisan Pelakon   Ku Kirim Cinta:  Ayda Jebat, Redza Rosli, Fahad Iman, Julia farhana Marin, Roy Azman, Nazia Mustafar, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, Zarina Zainuddin, Nikki Palikat SINOPSIS KU KIRIM CINTA Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan WhatsApp. Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa. Apabila keadaan Zarul makin kritikal,...

Drama Andainya Takdir Full Episod

Tajuk : Andainya Takdir Channel  :  TV3 Slot  :  Samarinda Mula Tayangan  :  29 Mei 2017  Masa:  [Isnin - Khamis, 10 mlm] Jumlah Episode  : 16 Update Terkini : TAMAT Lagu Tema  : Permata Cinta - Aiman Tino Barisan Pelakon Andainya Takdir :   Shukri Yahaya ,   Nina Iskandar , Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris dan ramai lagi Sinopsis Andainya Takdir Tonton Secara Online Melalui Pautan link berikut: site alternative untuk menonton  Drama  Andainya Takdir  adalah pada laman rasmi tonton.com.my Episod 1   Episod 2   Episod 3   Episod 4   Episod 5   Episod 6   Episod 7   Episod 8   Episod 9 Episod 10   Episod 11   Episod 12   Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16

Annuar beri keterangan di MARA pagi ini

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa dilapor akan memberi keterangan kepada Audit Dalaman MARA hari ini berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mengaitkan penajaan pasukan bola sepak Kelantan. Ini kali pertama Annuar tampil untuk memberi keterangan kepada Audit Dalaman MARA selepas hampir tiga bulan digantung tugas daripada jawatannya sejak 31 Januari lalu. Beliau digantung tugas serta-merta oleh Ahli Majlis MARA bagi membolehkan Audit Dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi itu, termasuk penajaan Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan. Februari lalu, Annuar turut disoal siasat selama empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dilantik sebagai Pengerusi MARA berkuat kuasa 19 Julai 2003.  Sumber : Berita H...

Tiada Maaf,Watson Nyembek pertimbang saman Ammar,Primework Studio

Tiada maaf untuk Primework Studio dan Azizul Ammar . Ini dapat dilihat dari reaksi wajah watson. Justeru, tidak hairanlah sebentar tadi beliau tanpa banyak bicara menolak permohonan maaf daripada pihak Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipermain seperti kambing. Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara, Azizul Ammar Abu Hassan, dalam rancangan "Sukan Tak Sentral" yang disiarkan di TV3 dua hari lalu. Dalam sidang media yang dihadiri kedua-dua pihak, dengan Primeworks Studios diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar, Watson menjelaskan dia masih tidak dapat menerima penghinaan itu. "Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di tv serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini sukar hendak menerima maaf tersebut. "Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua...

Isu Rancangan Sukan Tak Sentral:Primeworks Studios Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Watson Nyambek

Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maf kepada Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya. Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata pihaknya sudah memberi peringatakan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan. " Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang. " Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling ," katanya. Tambah beliau juga, pihaknya sangat menghormati bekas pelumba pecut negara itu. " Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara . " Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi ," katanya. Sebelum ini, Watson Ny...

Pembantu Warden Berusia 29 Tahun Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Rotan Pelajar

KOTA TINGGI 23 April  - Seorang pembantu warden di asrama pusat tahfiz swasta di sini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes yang membabitkan pelajar tahfiz berusia 11 tahun sejak Januari lalu. Perintah reman yang bermula pada hari ini sehinga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 29 tahun itu. Lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini pada jam 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis. Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya. sumber:  Utusan Online Kredit :  Siakap Keli

siapa sebenar siti kassim?

siti kassim memakai kacamata hitam Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ? Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan g ereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’ “Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim. “Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini. “Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan k...