Skip to main content

Posts

Showing posts with the label barisannasional

Surat Terbuka Untuk YB Rafizi Ramli

Kehadapan YB Rafizi Ramli yang dihormati, Pertama sekali maaf jika surat terbuka ini kurang disenangi YB dan penyokong-penyokong YB dan mungkin juga pemimpin Pakatan Harapan yang lain. Luahan ini bagi melepaskan  apa yang terbuku dalam hati dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang melibatkan YB dan Pakatan Harapan. Diakui YB seorang pemimpin muda yang berwawasan dan bijak sehingga mampu mencipta fenomena dalam politik tempatan, yang selama ini dipandang sepi oleh golongan muda. Siapa yang boleh lupa pendedahan isu lembu dalam kondo, kontroversi 1MDB,  pelaburan Tabung Haji, isu YaPEiM dan banyak lagi. YB menjadi idola anak-anak muda walaupun YB bukanlah lelaki metroseksual, sado atau sekacak Khairy Jamaluddin yang menjadi kegilaan wanita. Namun, YB tetap menjadi pujaan kerana bijaksana, cerdik, pandai berpidato dan fasih berbahasa Inggeris. Ciri-ciri  pemimpin muda memang ada pada YB dan tidak hairanlah YB menang penuh bergaya pada PRU12 dan PRU13...