Korea Utara berkata, ia bersedia menenggelamkan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) untuk menunjukkan kekuatan ketenteraannya, ketika dua kapal tentera laut Jepun menyertai kumpulan pengangkut AS itu dalam satu latihan ketenteraan di barat Pasifik. Presiden AS, Donald Trump terdahulu mengarahkan kumpulan kapal pengangkut pemusnah USS Carl Vinson untuk belayar ke perairan semenanjung Korea sebagai tindak balas berikutan ketegangan yang memuncak susulan ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara dan ancaman untuk menyerang AS dan sekutunya. AS setakat ini belum mengesahkan lokasi sebenar kumpulan kapal pengangkut pemusnah itu ketika ini. Naib Presiden, Mike Pence berkata, kapal itu dijangka tiba dalam masa beberapa hari tanpa memberikan maklumat lanjut. Korea Utara yang tetap berdegil dalam media rasminya Rodong Sinmun berkata, "angkatan revolusi kami dalam keadaan bersedia untuk menenggelamkan kapal induk berkuasa nuklear AS dengan satu serangan saja." Konflik memuncak apabila Korea Utara menahan seorang lelaki warga Korea-Amerika berusia 50an Jumaat lalu menjadikan jumlah rakyat AS yang ditahan Pyongyang kepada tiga orang, laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap. - Reuter
Kecoh viral di Facebook video samun dan rogol Cashier kedai di puchong kinrara. Sebuah video kes samun dan rogol Cashier kedai judi di puchong kinrara telah menjadi Viral dilaman media sosial. Rakaman video dipercayai pada 11hb 5 2017 tetapi waktu kejadian tidak ketahui. Video berkenan dimuat naik oleh facebook Raymond Tan telah menarik perhatian ramai.masing masing individu meluahkan rasa geram keatas tiga lelaki yang telah melakukan jenayah sekaligus ke rogol berkenan. Raymond Tan berkata beliau mendapatkan info berkenan dari aplikasi wechat, Juga kelihatan penjenayah berkenaan seperti sudah digari.bagaimana pun info masih lagi belum disahkan oleh mana-mana balai polis.
Comments
Post a Comment